Monday, February 15, 2016

Pesuruhjaya Sumpah di Melaka

Assalamualaikum....

PERHATIAN... PERHATIAN...PEMBERITAHUAN....

PESURUHJAYA SUMPAH DI MELAKA...


Perhatian kepada sesiapa yang menginginkan perkhidmatan tersebut ke permis di :

Haji Mujab Bin Haji Zamzam PJK
No. 17-2, Jalan KPAA 1
Kompleks Perniagaan Al-Azim
75150 Bukit Baru
Melaka

Kompleks Perniagaan Al-Azim ni bersebelahan Masjid Al-Azim la kan. Dari tepi jalan sederet dengan Bank Simpanan Naional, Andalusia, Maybank.... tp tingkat atas menumpang di Firma Guaman Mimi Rahayu Haniff Heng & Partners.




Cas yang dikenakan adalah yang tertulis dalam buku undang-undang. takda extra pun.... cari rezeki kena jujur... jangan risau.



Permisnya tingkat 2 tau.... naik sikit tangga. tp kalau tak berkeupayaan, OKU atau uzur, boleh sahaja suruh wakil jemput pesururuhjaya sumpah akan turun kebawah.


Tp semestinya penama dalam dokumen adalah yang hadir. Tak boleh la nak kirim kirim kan, dan semua urusan adalah dipermis, bukan dirumah atau dikedai kopi.




Pejabat kecil jer, cukuplah sekadar utk urusan, bukan nak main badminton kan.


Dijemput ke permis untuk perkhidmatan tersebut yer.

Salam ukhwah
Felis...


Monday, November 2, 2015

Perak - Cucu Baru atok

Salam

Baru balik dari Negeri Perak. Felis ada adik sorang kerja di Perak. ALhamdulillah dah selamat dapat anak perempuan Jumaat 30.10.2015.... cantik tarikhnya... mcm babynya jugak. baby dah lenih due 1 minggu, so mmg tembam sikit. tap tembam yg comel... dagu berapis kulit jernih. Alhamdulillah.. moga Nur Aina bakal jadi anak yg baik dan membahagiakan mama dengan ayah dia dunia akhirat. Cucu atok yang ke-7. Semua 3 lelaki dan 4 perempuan. Perempuan dah melebihi lelaki. Next... rasanya 1 ke 2 thn ni tak bertambah kot.

Kebetulan adik ipar bersalin hari jumaat, jadi mcm best jer cuti sabtu ahad naik perak sekejap. Atok pun dah pencen berjalan jer la.. pagi sabtu naik Perak jam 7.30 pagi. sampai dalam jam 11.45, memang ngam ngam jam 12 waktu melawat... alooo...looo.. comelnyer baby.

Alang alang dah kat Perak kita jalan jalan cuci mata n cari makan kat Perak. Tengahhari tu singgah di Restoran Sabar Menanti. Kebetulan dekat dengan rumah adik. Sedap makananya, murah. tp air agak mahal.


Kemudian sebelum tunggu masa melawat petang, round kedai pasu. Mama mmg dah target nak beli satu pasu ni, tp mahal lah pulak. Sebelum pergi mmg dah target beberapa tempat makan. pergi cari mee rebus ramle yang orang kata popular di ipoh. Kebetulan dekat jer dengan kedai pasu. Oder dua jer sebab kenyang lagi mkan tengahhari. Sedap mee rebus nya. mcm mee rebus biasa yg letak keledek, tp ada rasa mee bandug, tp tak kuat rempah dia mcm mee bandung. seimbang. Sedap. 






Malam masing masing tengok bola dulu. Layan JDT, pawer jugak. jam 10 habis bola kita jalan lagi. pergi Gerbang Malam. Rembat kasut Aisyah dengan Redza sorang satu. Cari popia yang popular kat ipoh. Kebetulan adik cakap sebelah jer Gerbang Malam tu. Waaaa.. banyaknya kebetulan. Satu pinggan RM 5. Oder dua pinggan mcm tak cukup. Oder lagi 1 Pinggan baru puas hati. Sedap. Kalau pergi lagi memang nak mkan lagi. Terbaek, suami yang tak minat popia sayur pun kata sedap. 




Ahad pagi sebelum balik pergi Bazar karat. Kalau orang minat memang suka, tp kitorang tak berkenan sangat barangnyer, yang kami berkenan satenyer... makan lagi. tu jer lah kalau berjalan, jalan jalan cari makan, pastu gemuk merentan. Padan muka sendiri.



Jam 11 lebih bertolak, jam 2.45 sampai melaka balik. laju jugak sebab kereta tak banyak n driver ngantuk, jadi bawak laju sikit.he...he....

Sampai jumpa lagi Ipoh, Perak..

Felis. 








Tuesday, October 27, 2015

Turun temurun

Salam


yuhoo...... tiba tiba. Lupakan perkara sirius. Senyum





Beli baju ni masa Aisyah bayi lagi masa dia belum berjalan. beli sebab cantik dan murah. Memang masa tu nak beli baju seluar Aisyah sbb Aisyah cepat membesar dan memanjang, sekejap jer tak muat. Orang kata bayi perempuan mmg cepat membesar. betul.. Sebab Redza tak secepat itu, ada baju yang masa bawah 5 bulan dia pakai, sekarang masih boleh pakai, terutama seluar... dia ikut ummi, kaki pendek. terpandang baju ni, kedai pergi tu di Jusco, ada satu butik baju baby mcm sale. murah sangat.. banyak baju bawah RM10 tp cantik. baju ni mmg tak sampai RM20. beli dan tunggu jer masa Aisyah boleh pakai. 

Dia boleh pakai masa umur 1thn 2 bulan. masa dia 1 thn 4 bulan, kami pergi cameron, dan dia pakai baju di dengan bergaya. Puas hati.. dah niat baju ni nak simpan untuk adik adik dia kalau ada. Walau kebanyak baju Aisyah dah past pada sepupu dia yg lagi kecik, tp yang ni tak. sbb lelaki atau perempuan pun boleh pakai. 

Redza pakai masa 1 thn 4 bulan... kaki masih kena lipat. rendah nyer dik....selain saja nak jadikan turun temurun, nak jadikan kayu pengukur ketinggian dan pembesaran mereka. lebih kurang la kot. Cukup 1 thn mg dua dua cukup 10kg. Dan yang penting dah boleh pakai dan ummi puas hati. Kalau ada rezeki turun kat adik lain lagi yer, kalau ada...InsyaAllah....


Salam 

Felis








Susu aka Asi

Salam

Seminggu dua ni mmg ramai post tentang penyusuan ibu. Tertanya tanya juga kenapa, tiba tiba jumpa ni..


   


Alhamdulillah Aisyah dan Redza dapat susu ibu sepenuhnya selama 6 bulan. Aisyah mula campur masa rumah pengasuh lepas umur 11 bulan, sbb ummi sakit n susu merudum campur semangat yang kurang. Jadi tak dapat bekalkan susu di rumah pengasuh. tp malam dan cuti, masih susu badan sampailah setahun lebih sikit mula campur. malam masih susu badan sampaila adik dia lahir. Adik dia lahir masa Aisyah 2thn 6 bulan. masa tu malam masih nak ngempeng, bukan ada susu pun lagi, cuma mcm puting. dalam 5 ke 10 min sebelum tido. jadi masa lahirkan adik dia, punyala siksa nak tido asing...

Redza pun sama, sebab felis dah berenti kerja, jadi masih susu badan sampai sekarang. Sebulan dua ni ada la jugak beli susum bancuh sikit utk dia kalau bancuh susu untuk kakak sbb dia kerja la nak berebut susu kakak dia. padahal buat 3oz pun tak habis. Sebab malas nak bg dia gaduh dgn kakak dia dan risau dia minum susu kakak dan takut kacau sistem penghadaman dia. belikan susu khas untuk bayi 1 thn. kakak dah 3 bungkus, dia 1 bungkus tak luak lagi. 

Rezeki mereka murah sbb susu badan sentiasa ada. tak banyak sangat. sekali pam di pejabat mula mula 3 0z jer. kemudian naik... tp selalu bawak balik 2 atau 3 pack 4oz. cukup sebab mereka menyusu sikit. Dua dua minum susu sikit... masa 2 bulan mula mula hantar ke pengasuh dia minum 1.5 oz jer.. kalau 2oz tak habis. Bila dah 3 ke 4 bulan naik 3 oz. tu jer lah sampai 6 bulan. paling banyak 4 oz sekali minum. dan sampai sekarang Aisyah minum 6 ke 7 oz susu fomula , walau dah 4 thn.

Kata orang baby lelaki kuat menyusu, rupanya sama jugak. Redza sama penyusuan mcm Aisyah.. sampai sekarang dah 1 thn 4 bulan, mcm tu..jarang dia ngempeng lama lama. kalau sibuk main, lagi tak ingat susu.. makan pun taknak. biskut dengan aisr masak. nanti dah letih main, cari susu badan, tido. Alhamdulillah, dia tak ngamuk kalau ngantuk. tp kalau kita dah tau dia ngantuk, tp biasrkan jer... mmg tak leh buat kerja. 

Baru baru ni, ada ibu baru bersalin 10 hari terjun diakatakan stress sbb susu badan tak keluar dan tak dapat susukan anak dia. pastu ramai salahkan ibu ibu yg fanatik bf anak kononnya ibu yg bf anak ni terlalu bermegah dan menekan mereka yg tak bagi anak susu badan. Sepatutnya, Allah dah bagi rezeki kita susukan anak kita dengan susu badan, Alhamdulillah. kalau tak dapat, mungkin ada la tu silapnya dan kita tak boleh persalahkan mereka. kita baru susukan anak dan mula besarkan anak tak sampai 3 thn, masa depan anak kita tak pasti lagi. Jangan la komfem yg bila kita bagi anak kita susu badan, dia jadi anak yg terbaik tanpa cacat celanya, lebih lebih lagi bagi mereka yang berlagak. Allah maha adil... kalau kita riak, ada balasan lain Allah tentukan nanti. Sebab tu apa yang kita buat tu kena lah ikhlas. baru berkat dan hasilnya baik nanti. Orang tu pun terjun bukan semestinya pasal susu 100%, ada la sebab lain, dan yang penting dia tak boleh kawal emosi. 

Panjang lebar pulak taip kali ini... jumpa lagi nanti.

apa yang ditulis pada en3 kali ini tak bermaksud apa apa, cuma sebagai satu rekod untuk diri sendiri..  

:)  

Salam ukhwah

Felis









Tuesday, October 20, 2015

Aidladha 2015

Salam

Ini mmg tak tipu, walau mmg dah bulam Muharam dah tp masih nak cerita pasal Zulhijjah. 10 zulhijjah, Hari Raya Aidiladha 2015.

Alhamdullah, thn ni dapat buat ibadah Qurban bersama keluarga lagi. Satu bahagiaan Akikah untuk baby zara, cucu atok n tokku yg ke-6, dah yg lain untuk Qurban. Thn lepas punya Aidiladha untuk cucu atok n tokku ke-5, redza. N dalam dalam seminggu dua ni nanti atok n tokku akan dapat cucu ke-7.... amboi... kira cucu jer.

Aidiladha thn ni turn Jb, belah suami. Sehari sebelum raya balik Jb, sam00pai sana mil sorang sorang buat kerja coz anak anak belum sampai n yg duk situ kerja lagi. Kami sampai, then yg kerja dah balik dlm jam 4 petang. Memasing sama sama buat kerja. Bagus sebenarnya kalau anak perempuan ramai n masing masing bertanggingjawab nak bantu. Selain ringankan bebab mak, masa ni la nak "bonding time" ngan adik beradik. Harap benda di kekal n takda saling mengelat. Sbb kalau time mcm ni nak ngelat, hubungan yg rapat antara adik beradik n ipar duai akan terlerai bila mak ayah takda. Haraplah masing masing ada perasaan mcm ni selamanya.

T.hari sikit, bila masing masing dah boring n takda buat apa, berdezup balik melaka coz nak rewang apa yg patut persiapan Korban esokknya, raya haji kedua. Sbb belah felis, felis sorang jer perempuan. Nasib ada 2 ipar. Boleh la bernafas sikit. Alhamdulillah dua ipar ni pun rajin tolong. Mereka ada perasaan anggap mil mereka mak diorg jugak. Moga Allah terus kekalkan rapatnya silaturrahim kami selamanya. Wang dan harta bukan segalanya, ukhwah yg kuat tu yg membahagiakan.

Tamatnya zulhijjah, bermula tahun baru Hijrah. Moga Muharam thn ini bakal menjadi tahin yg lebih baik dari yg sebelumnya.

Salam tahun baru.



Felis


Thursday, July 30, 2015

Salam Aidilfitri 2015

Salam  Aidilfitri Minal Aidil Walfaizin..

Tahun ini turn Melaka.. tp turn walaupun asasnya ditentukan silih berganti, tp masih ada pengecualian. Rasanya 2 thn berturut turun sebelum ini 1 Syawal di Jb. Apa ada hal....

Semua adik beradik turn Melaka. Thn depan ? Nasib la kan... tunggu dah lihat, yg pasti kalau raya ke-2 dah gerak balik jb, thn depan raya ke-2 dah gerak balik beraya Melaka. Baru adil dan saksama...

Thn ni masak raya ayah agih agihkan tanggungjawab. Bagus jugak.. masing masing dah ada keluarga n perlulah bertanggungjawab, takkan tadah makan jer. Felis siapkan ayam merah ngan rendang, kueh mueh adik ipar di perak. Kemas rumah adik bungsu. Ketupat kakak ipar uruskan masuk beras n abg sulung beli daging. Mama ayah modal sayur untuk sambal goreng. Adik perak nak buat sate, so A sampai Z dia cucuk bakar. Alhamdulillah... meriah syawal.

Raya kali ni kami dah ber-4. Thn ni persediaan sakan sikit sbb ahli dah bertambah. Untuk Aisyah n Redza Baju lebih sikit. Ummi ngan Ayah takper. Sorabg 2 pasang cukup.

Raya ke 2 ke pontian dan terus ke jb. Sambung beraya di Jb. Tp nak g umah kawan kawan semua tak balik Jb lg... yer lah, kampung kiter kat Jb.. bandar sangat.


Tema kiter hijooo


Salam Aidilfitri
Maaf Zahir Batin