Dah bulan 2 dalam 2015. Alhamdulillah....
Bila dah anak ker 2, selalu rajin nak bezakan tahap pencapaian mereka.. contohnya, masa aisyah 6 bulan dah pandai buat apa yer... aisyah jalan berapa bulan yer... bukan apa, sekadar panduan...masa anak sorang, tgok web, tgok anak bloger lain...tp tak catat sangat masa aisyah..so, lupa sudah... yg ingat dia jalan lebih kurang 12 bulan... seminggu dua sebelum atau selepas birthday dia...ke, masa birthday dia mmg dah laju jalan kan... arggg.... banyaknyer makan semut.
Sekarang Aisyah dah 3 tahun....
Alhamdulillah, dengan pengasuh yg baik..dia dah kenal huruf n nombor n jawi.. tp masih hafal lagi... nombor dah 80% kenal.
Tp huruf jawi dan huruf rumi masih hafal... sekarang dalam proses mengenal. Kalau boleh nak bagi dia membaca sebelum masuk darjah 1. InsyaAllah...
Warna mmg dah kenal... dalam bahasa melayu dan inggeris.
Cakap mmg dah banyak n kenal mcm mcm... ajuk orang pun pandai....dan dah kenal nama orang dan nama family sendiri...
Nama dia,adik,ummi dan ayah kenal tau..sbb dia lasak n laju.takut memana dia sesat. Dia boleh bgtau.... Moga AIsyah makin membesar dengan sihat dan bijak...
BIrthday 3 tahun. 29/12/2014
No comments:
Post a Comment