Thursday, December 20, 2012

Yang Mana Satu, Pilihan Hati

Salam 
Mode : merajuk.

Semua orang ada kehendak atau keiinginan masing-masing.
Dari kecil hingga dewasa semua kehendak itu sememangnya kita akan usaha untuk mendapatkan (**apa ayat nie)

ok, semua orang ada kehendak masing-masing dan kita akan sedaya upaya mencapai kehendak kita kan. itu kalau kiter sdn. Bhd. 
Tp selepas berkeluarga lain. semua keputusan tertakluk pada kehendak itu samaada untuk kepentingan sendiri atau melibatkan orang lain, kalau melibatkan orang lain semestinya setiap keputusan mestilah mengambil kira orang lain jugak. kannnnn

dalam hal ini, tak pasti samaada perlu mengalah atau perlu mempertahankan kehendak hati sendiri. Kalau mengalah, mungkin sebahagian hati kita akan gembira sebab dapat memenuhi kehendak orang lain dan membahagiakan dia, tp sebahagian hati kita mesti ada sedikit rasa kecewa sbb kita tidak dapat apa yang kita hajatkan. Sebaliknya jika kita berkeras ingin memnuhi kehendak kita, begitulah juga keadaannya, kita mungkin gembira sbb apa yang kita inginkan tercapai, tp mungkin terasa bersalah sbb tidak dapat memenuhi kehendak atau keinginan orang lain. Nak kena solat Istiharah ke mcm ni, mcm melampau. tp itulah hakikatnya..... Benda ni lah yang orang kata perkara kecil pun boleh jadi gaduh n besar akibatnya nanti. yes, benda yang nak dipilih tu sebenarnya mmg korang tgok pun boleh gelak, tp takleh jugak diambil remeh sbb ini melibatkan kepuasan hati...

Sekarang, masih dalam delema. apa yg perlu dibuat. dan apa sepatutnya tindakan yang wajar.. Tp, adakah sesiapa yang boleh membantu sedangkan mcm takder pun yang baca bolg ni.... aduhai.... Ya Allah.,....tolonglah hambamu...

Adakah aku perlu menjadi insan yang baik dan bagus sangat membahagiakan orang lain, atau, ukutkan apa yang aku nak dan membiarkan pihak dia merelakan kehendak aku...... aduhai...
.^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Yang Mana Satu, Pilihan Hati.......
Hatiku & Hatimu.....


Felis


Thursday, December 13, 2012

12/12/12

Salam sayang.

semalam di FB,Blog,Twiter n apa-apa pun media sok sibuk pasal tarikh tu...ramai yg nak bersalin, bernikah, bertunang n berdating pada tarikh tu. kira best sangat la tarikh tu, sampai felis pun naik muak jer tgok orang post pakai tarikh tu, ape la faedahnyer eh..... mcm mengada.. he..he

Tapi tanpa disangka, tarikh yg "tak heran" langsung tu tetiba jadi bermakna plak...he..he... "kena batang hidung sendiri"... padan muka.

semalam lepas magrib ada perkara yang buat hari riang dah gembira... berganda-ganda... eh, ganda dua jer.. Aisyah dah mula nak berjalan, lepas tiap hari poo poo sampai 3 kali sehari selama hampir sebulan, agaknya badan dia dah cukup ringan nak berjalan, tujuh langkah kehadapan...he..he... ayah dia yg menyaksikan. Go Go Aisyah, Ummi harap Aisyah dah boleh berjalan dengan baik menjelang usia 1 tahun, lagi 16 hari dari semalam.He..he...

Cari Aisyah Tersembunyi

Lagi satu, tetiba dalam kereta " ummi, ayah dapat bonos...." wahhhhhh..... dalam otak fikir bulan tiga InsyaAllah, tetiba bulan 12 pun dapat. Alhamdulillah..rezeki, hari terus kuat menyatakan "Allah sentisa mendengar apa yang kita minta"..... Sayang Allah...Kekasih Abadiku Selamanya.... Walau sebanyak manapun, tetap Alhamdulillah, lapang dada untuk bernafas....

so, 12/12/12 is bermakna jugaklaaaaa.......


yang menyesal...

felis

Monday, December 3, 2012

Kami...

Dah msuk tahun ke-3, kami adalah ber-3
semoga kami adalah keluarga yang bahagia.

Ayah, Ummi, Aisyah   

Aidilfitri 2012

Disember kembali lagi...

Salam 

Sudah Disember.. 
Hampir berakhir tahun 2012.  
Kalau nak senaraikan apa pencapaian sepanjang tahun 2012 is amat la pasif. 
Tapi kalau nak senaraikan pengalaman sepanjang 2012 is amatlah baik dan bermakna.
Jadi kesimpulannya *simpulkan sendiri bole, 2012 adalah salah satu tahun yang memberi erti dan mempunyai pengisian untuk diri sendiri. 

Banyak pengalaman manis, masam dan pahit sepanjang 2012, dan segalanya perlu dinilai kembali supaya tahun 2013 yang akan datang ditemuhi dengan satu perubahan yang baik dan cemerlang untuk diri sendiri. Seharusnya dalam 2013 yang akan datang, memandangkan umur nak mencecah akhir 20-an (OMG), kena cekap dan kuat semangat untuk berubah. untuk membina hidup dengan lebih sirius dan bermakna... 

Untuk Aisyah, Alhamdulillah, Ummi dah berjaya membesarkan Aisyah selama 1 tahun. tp baru 1 tahun, dan  "membesarkan" hanya pada fizikal. harap Ummi akan terus berjaya membesarkan Aisyah dari aspek Fizikal dan Mentak sepenuhnya untuk seterusnya. 

Untuk Suami, terima kasih sebab berjaya untuk bersabar dengan Ummi yang banyak kerenah ni. Tak lama lagi Ulangtahun perkahwinan yang ke-3. Semoga kita terus bersefahaman dan berbahagia selamanya. 

** mcm dah 31 Dis pulak teks nye.

Apapun sepanjang bulan ni, kena senaraikan apa yang perlu diperbetulkan untuk jadual tahun hadapan. 


da.. Felis


       

Friday, November 30, 2012

Marah Bosss.... Saper Bosss

Salam Jumaat, 

setiap hari mendatang pelbagai perkara ditempuhi, ada suka kadang-kala ada duka. perbagai ragam kehidupan yang tak disangka-sangka. 

kadangkala  apa yang berlaku kita hanya gambarkan didalan hati, tetapi akhirnya menjadi kenyataan. kenyataan yang muncul kadang kala memedihkan dan kadangkala menggembirakan. terpulang pada kita untuk menerimanya dengan cara yang kita mampu.

kekuatan hati kadangkala membuatkan ia memakan diri sendiri. perlukah berdiam dengan apa yang berlaku disekelilig kita sedangkan kita nampak kesalahannya. tp adakah kita perlu bersuara sedangkan kita tahu akibatnya dan yang lebih parah apabila kita sedia tahu yang kita tidak mampu menanggung akibatnya. 

Dalam kehidupan pastinya mempunyai liku-liku kerana liku kehidupan itu yang boleh membentuk kehidupan yang bermakna. kadang kala kita mengelakkan dari menghadapi liku berkenaan sbb dalam diri, kita boleh elakkan.... tp sampai bila kita mahukan kehidupan yang mendatar....

Ingatan kepada diri sendiri supaya lebih tabah, sabar tetapi tidak terlalu berdiam diri kerana hanya kita yang mampu menempatkan dimana diri kita ingin duduk....

sekian,

Peristiwa : marah boss...       

Monday, November 5, 2012

Cemburu

Apa yang nak dicemburukan..
walaupun rasa cemburu itu mmg wujud, tetapi apakan daya..kita hanya mampu melihat. dan kita jangan la mendongak keatas semata-mata sbb dibawah kita ramai yg lebih susah daripada kita.

motif...: cemburukan kawan pakai Hand bag RM 600.00...



felis

Friday, August 3, 2012

Salam Jumaat, 15 Ramadhan sudah

Sudah separuh ramadhan kita lalui,
sepanjang ramadhan kali ni banyak cerita, kali ni rasayna hidup berlainan dari yg sebelunya. tp sememangknya semua orang nak kkan kelainan dan pembaharuan, terutama yg positif dalam kita harungi kehidupan yg sememntara ini... 
ece..ce..jumaat kan

minggu ni plen nak buat beberapa biskut ngan Kak Faezah, dan secara tak langsung berperang dengan 3 orang hero heroin yg ada...harap jadi lah biskut yg dihajati mama n ayoh.

Aisyah dah 7 bulan lahir ke dunia, makin berkembang minda dia, harap dia jadi insan yg baik dan berbudi bila besar nanti, kengkadang duduk-duduk teringat pada dia, telatah dia bila dah nyusu mcm nak tido, tp bila kenyang terus bangun...senyum plak kat ummi terus golek-golek..aduhai. tp kang tetiba ada je celah ketiah mintak susu lagi. pandai eh cari...
eh, nak citer lain tetiba Aisyah plak.

Cepat jer masa berlalu kan...tetiba jer nanti dah sehari dua nak raya.

key, teruskan puasa...
Salam ramadhan..

felis


da


Wednesday, August 1, 2012

Iftar.....

Sudah cukup sudah...eh
Sudah 12 Ramadhan. sekejap jer...sbb cuma 18 hari tu go...eh, 18 ke??

Mmg tiap hari akan berbuka rumah tok'ku n atok sbb Aisyah duk umah nek idah. So, lepas ambik Aisyah umah nek idah lepak umah tok'ku
sampai En.Abg balik.
 umah nek idah sebelah umah tok'ku...
kira rumah tok'ku tu trasnsit nak hantar Aisyah tiap hari.
Baby seat takder pun untuk drive n bawak Aisyah umah nek idah. n umah tok'ku kan, so takperlah...pepagi kami bersama gi Paya Dalam,
En. Abg terus siap-siap pakai jeket gi kerja naik moto kan.
Sementara tunggu tu Felis main ngan Aisyah sbb felis masuk kerja jam 9 pagi n dekat jer pun office felis. jam 8.40 baru hantar Aisyah rumah nek idah n felis bersiap gi kerja.
balik pun mcm tu....felis balik dulu n ambik Aisyah, tunggu ayah Aisyah jam 7 baru sampai...
takkan magrib-magrib nak balik umah kan, dengan baby segala
so, tunggu lepas magrib n sementara tu masak sekali. tok'ku pun duk berdua jer, so, kami menambah korum lah...
alah, kalau balik pun, nak kena masak n berperang ngan Aisyah lagi...sama gak kot..entah-entah jam 10 baru dapat makan malam...pastu tido, pastu n pasti gomokkkkk

key, eh...sebenarnya nak citer pasal Iftar...

so, mmg tiap hari berbuka umah tok'ku lah...
jom kiter semak menu berbuka sepangjang ramadhan yg berlalu...he..he, orang lain citer tiap hari, kiter citer 10 hari sekali.

Ramadhan 1 - Reramai sbb Aba'a n kak Faezah pun balik
                      3 ketul/biji kepala ikan masak kari + lauk sayur ..ha..ha
                      Popia home made... cedap- hemtam jer inti sayur.




                     
Ramadhan 2 - Ikan & Ayam Percik + lauk lain, kak faezah buat cucur udang

Ramadhan 3 - lauk beli  n mama buat sikit-sikit

Ramadhan 4 - Borong pasar ramadhan Duyung

Ramadhan 5 - Lauk ayah beli

Ramadhan 6 - Lauk beli lagi

Ramadhan 7 - Nasi Ambang -beli sajer

Ramadhan 8 - Ayam Masak lemak cili Api -as En.Abg reques. Tokku n Atok    datang umah Aisyah

Ramadhan 9 - Di ViVo....

Ramadhan 10 - masak ngan mama. Ikan cencaru kicap,ayam goreng kunyet n sayur buat tahu sumbat, sambal tempe n kueh En.Abg beli

Ramadhan 12 - di Ikan Bakar Kristal Bay dengan Maybank family

Iftar kali ni mencabar sikit sbb Aisyah ada, tp tetap seronok. kengkadang Aisyah tido..ngam-ngam lepas makan dia bangun..mcm tau tau jer.. n bnyak kejadian nak citer pasal Aisyah sepanjang ramadhan kali nie



tp sampai sini dulu lah

till c again...

felis

p/s: semua pic google

Apa Felis Domestica

Semua tu bermua lama tingkatan 4. ambik sains tulin, hamboi....
Fizik, Kimia, Biologi,Add mate, walaaaaa..... tp semua hampehhhh
kalau tau mcm ni nak ambik sastera jer pun...
kompem boleh skor **eleh,kompom la sangat..

ok, Felis Domestica tu sebenarnya nama saintifik untuk kicing...
haah...kucing meaw...meaw tuu....
ada la ternampak dalam buku biologi, ada orang tak percaya..**tak percaya sudah.
tak tau la betul ke tidak. tp kiter tgok betul lah....he..he...

So, sbb suka nama tu...nike name kiter jadilah Felis...semua benda refer Felis.... korang ada nike name yg mcm ni tak? felis dah sebati dengan diri kiter. nasib baik takleh letak nama felis....**melampau...


orite... tu jer sbb nyer..takder lah special sangat. suka-suka jer

key

felis

Bermula atau berakhir....

Salam....
Tak pasti dimana atau dari mana nak dimulakan sebenarnya, n apa format.
ok, blog ni dah lama dah wujud, tp tak pulak aktif sebab ..sebab aper ek, kemalasan melampau atau kesempatan yang takda.
tak boleh la nak salahkan masa, kesalahannya pada diri sendiri la.
n now dah macam bersemangat balik sbb semua pun dah berblog n sebenarnya felis selalu sangat pun ber blogwalking, masuk kerja jer sampai balik, tu jer lah kerjanya.

now dah 12 ramadhan pun , puasa thn ni Alhamdulillah, berbeza dengan tahun lepas sbb masa tu Aisyah dalam perut lagi, so ada masa mcm tak larat, ada lah sikit tercicir. buat masa ni untuk tahun ni walau pam susu tp masih bertahan...yeah...InsyaAllah...Alhamdulillah.

eh, dah mula tak tau nak stop mcm mana, takperlah....
diakhiri dengan jumpa lagi...saper la nak jumper dia, perasan..


till c

felis