Wednesday, September 18, 2013

Derhaka

Salam... 

Mungkin luahan kali ini menjawap persoalan yang tidak mampu dijawap bila soalan itu diajukan.

kenapa awak tak letak anak pada mak awak ? 

jawapan saya : takmau ganggu dia, dia menjahit n nak rehat. kita dah dia jaga.. taknak la bebankan dia jaga anak kita pulak, kesian.

Tp kalau jawap mcm tu selalu, mesti orang ingat kita ni poyo jer.. dia akan fikir konon mak dia alim/baik sangat...

Sebenarnya, memang membebankan, waktu solat terganggu. mmg boleh solat, bukan sampai tak boleh solat jaga cucu, saya tak kata begitu, tp solat sekadar melaksanakan tanggungjawab wajib. padahal waktu solat itu sepatutnya kita dalam keadaan tenang dan berbahagia untuk bersemuka dengan Allah yang Maha Mencipta. lebih lebih lagi umur sudah meningkat senja, pastinya saat indah itu diperlukan. 

jika pernah keluar dari mulutnya dia tidak mampu untuk mengasuh anak kita disebabkan perkara tersebut, tidak seharusnya membebankan kepentingan kita kepada dirinya. 
Melainkan mmg dia beria nak jaga, redha, sunyi, ingin untuk menjaga n mungkin keperluan kepada upah. tp memberi "upah" kepada ibu adalah haram.... lebih kepada pemberian kasih sayang atau perbelanjaan menyara anak kita.
 
yang mengasuh Aisyah sekarang, mmg pangkat nenek kepada Aisyah, namun tidak pernah saya memujuk malahan memaksa jika dia berkata tidak. Jika dia redha n mampu, Alhamdullah. Nenek pun ada atok yang suka untuk membantu, Alhamdulillah....

Artikel ni saya cari sbb nak kan kepuasan hati bila mama kata "nak tanggung dosa" ? masa pernah menyuarakan minta jaga anak saya. Ya, saya hanya sekecil umat yang tak mampu memastikan ibu ayah didalam syurga, jadi jangan sedikitpun membataskan kehendaknya menuju kearah itu. 


"Jika ibu kita mati dalam keadaan menjaga cucu sehingga melalaikan sembahyang dan amal saleh lainnya maka apa akan jadi dengannya di akhirat nanti? Cukuplah penderhakaan anak-anak yang tidak bertanggungjawab menyerahkan penjagaan cucu-cucu kepada datuk neneknya. Anak kita bukan tanggungjawab ibu bapa kita!

Bukankah masa tua adalah masa akhir bagi mengumpul bekalan ke akhirat? Mengapa mesti mengganggu ibu bapa yang mahu ke masjid kerana menjaga anak-anak kita? Jika diteliti pahala orang yang pergi ke masjid, maka tidaklah sanggup kita menyerahkan anak kita semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Bukankah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang pergi ke masjid pada pagi dan petang hari, Allah SWT telah menyediakan hidangan syurga baginya sepanjang pagi atau petang hari itu.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Satu saat amat bernilai untuk mereka berzikir, membaca Al-Quran, mengkaji tafsir dan hadis Rasulullah SAW, menghayati ilmu Islam, mengerjakan salat sunat, bersedekah, beriktikaf di masjid, berpuasa tanpa gangguan, semua itu bekalan bagi mereka tetapi sayang kita telah merampasnya dengan membebankan amanah cucu-cucu yang mengganggu perjalanan ibadah ibu bapa kita. Waspada, Jangan derhaka!"


salam ukhwah

- felis -

Wednesday, September 11, 2013

Bertingkek- tingkek

Salam....

Berangan nak berblog, tp hampagas....

Pemalas
 TP tiap hari jenjalan kat blog blog kegemaran n harapkan new story... mcm mana la kerajinan mereka tiap hari masuk cerita baru..kengkadag sehari sampai 2 story...tp ko...pemalas.. he..he..

Bertingkek-tingkek cerita dalam otak, tp tak mampu nak merajinkan diri... akhirnya semuanya memori dalam hati sahaja... nasibla Aisyah, tak dapat tau apa yang berlaku sepanjang perjalanan hidum Aisyah, Ummi pun bukan tau... seri... eh...

Sebab awal Aidilfitri hambar, kiter cuba memeriahkan Aidilfitri sepanjang yang ada hingga ke Akhirnya....

banyak kalau nak cerita.. bermula dengan

-Perkhawinan Sepupu 3 pasang
-Lepak gi pakcik Mydin dengan bunga
-Pernikahan adik kepada kakak ipar
-Keletah Aisyah yang makin membesar...

dan kami pakai baju raya 1 syawal dan 30 syawal.... ambik-ambik gambar pada 30 syawal dan dengan perasaannya mcm 1 syawal ...wooo.... ko mampu... he..he..


 Ummi & Aisyah




 Ummi & Aisyah lagi




Key..... letak Ummi,Ayah & Aisyah


Sekian, penutup syawal... hik..hik....

Salam

Felis