Friday, November 29, 2013

Siti Nur Aisyah


1 HARI











6 BULAN












1 TAHUN






Harini 29/11/2013 - Genab umurnya 1 Tahun 11 Bulan.. Alhamdulillah. 
Membesar dengan sihat, walaupun mula nakal n lincah, tp dialah racun, dialah penawar. 

Semalam, balik kerja....salin baju dan duduk dibirai katil. Aisyah masuk bilik.... panjat katil... then, duduk sebelah ummi... birai katil, dengan kaki terjuntai...

diam......

"Letih la Aisyah, banyak kerja, lepas ni tolong ummi masak yer..."

Aisyah tengok ummi, n peluk....  " saaaayang Ummi.... "

Terkejut giler... takpernah dia buat mcm tu....

Memang dia dah faham apa yang berlaku disekeliling...ingatan baik dan kefahaman pun cepat, Alhamdullilah, mungkit berkat BF dia.. dan dapat pengasuh yang baik....

atau.....

dia mula membodek, untuk birthday party lagi sebulan...
atau dia dah amat bersedia untuk jadi kakak yang baik...
he..he....


love u so much Aisyah...




-felis-


Wednesday, November 13, 2013

Kekeluargaan

Selamat sejahtera....
 kali ni saja luarkan sesuatu untuk dapatkan ketenangan.

Masalah dalam rumahtangga tu mmg mesti wujud, mesti ada sebagai asam garam kehidupan kan...
kalau takda, boring plak.... lurus jer hidup
time ada ketidaksependapat (ada eh perkataan tu) tu lah kita ada peluang bertekak berbincang, dan cari jalan penyelesaian....
then itu salah satu terapi yang baik disamping tambahkan kefahaman tentang perangai pasangan masing-masing. 
Sebelum bernikah pastinya, kita tidak akan tahu 100% siapa pasangan kita (tp bagi yg dah kawan berpuluh tahun tu,kenal kot) 
Jadi selepas nikah kita seharusnya menerima segalanya, kerana keputusan dia pasangan kita, kita yang memilihnya......

sebenarnya bukan nak kata rumahtangga felis ada masalah, cuma kesal dengan keadaan sekeliling. Pasangan-pasangat sekeliling yang felis tak faham mcm mana mereka uruskan rumah tangga mereka. padahal bercinta bermatian, lautan api sanggup direnangi lah.... rela berkorban apa saja... 
tapi selepas nikah.... cukup setahun dua, mcm-mcm....
kenapa mcm tu yer,???? gerammmmmm jer tengok....
komfem sebab sebenarnya, kasih sayang dan perasaan nak khawen tu wujud dari nafsu, bukannya tanggungjawab dan kehendak agama....

sebelum khawen bukan main berkepit, takmo pisah..... kalau dating sehari suntuk tak puas, asikla nak jumpa, asik lah nak melekat jer....

selepas khawen, rumah kemana, tangga kemana, takmo pulak melekap 24 jam... sorang utara, sorang selatan... tak kisah pun nak dating, makan sama, sembang sama..... tak faham....

felis takda lah sesempurna mana, tp buat masa ni Alhamdulillah, masih ada rindu, masih tebal sayang...moga kasih sayang ini kekal dalam rahmat Allah....

Tanggungjawab kena ada la dikkkk..... kita bukan perlu buat perkara pelik-pelik atau luar kemampuan kita, cukuplah pastikan pasangan yg kiter logat nak khawen sangat tu sempurna makan pakai dia. tu jer pun...sentiasa bersefahaman... kalau kurang bersefahaman, cari sefahaman tu, cari keserasian tu. cuba penuhi kehendak ikut kemampuan supaya segalanya berjalan lancar, jangan nak susahkan perkara yang mudah... akhirnya sendiri terjerat... being a normal person pleeeess... jangan ambil kesempatan atas kelemahan pasangan, kalau kita tau itu tanggungjawab kita, laksanakan... kan mudah...aduhaiiiii

bebel pulak pagi-pagi ni....

itu yang baru khawen, baru pun adalah 2-3 tahun....

mcm mana pulak yang dah ada anak ramai n dah tua dah ? kenapa perkara mcm ni berlaku lagi ? masih belum memahami antara satu sama lain ker ? saling menyalahkan... 
seharusnya cubala mainkan peranan dan tanggungjawab dengan betul.... tu jer kot...

so, kesimpulan is tanggungjawab..... 


maaf kalau ada yang baca n tak faham... entry ni untuk kesimpulan beberapa drama kehidupan. moga ianya menjadi pengajaran untuk diri sendiri agar sedar tanggungjawab adalah perkara penting dalam meniti kehidupan.... selain tanggungjawab kepada ibu ayah yang besarkan kita, didik kita, seterusnya tanggungjawab kita pada pasangan yang kita pilih..juga pada anak yang bakal mengambilalih kehidupan kita....

salam kebahagiaan

felis....