Tuesday, August 13, 2013

AIDIL FITRI 2013

Salam Syawal...

Harini 6 Syawal.... 6 hari sudah berlalu, meninggalkan Ramadhan yang mulia.
Kerugian sangat dalam diri apabila Ramadhan tahun ini dilalui amat sederhana usahaku mendekatkan diri pada Allah.... Amat sederhana.... 
Harap Ramadhan tahun hadapan bakal bertemu lagi..

Apa cerita Syawal tahun 2013



*** Hambar ***


itu sahaja ungkapan yang boleh menggambarkan semuanya,... tak tertahan mengenangkan keadaan diri yang tidak mampu untuk menyempurnakan Syawal dengan sepatutnya.

Baju raya, Alhamdulillah... Cukup lengkap... untuk Ummi, Aisyah dan Ayah..

Juadah Raya, Alhamdulillah.... Semua mencukupi dan sempurna sebelum subuh.

apa yang hambar??

Memang badan kurang sihat dan ulser dalam tekak mengganggu makan dan minum, kepala mula sakit hari bantai tu..kuatkan diri untuk bangun dan bantu ibu mertua menyediakan lauk untuk 1 Syawal.  Solat sunat Aidilfitri tak dapat dilaksanakan sbb Aisyah masih kecil dan keadaan badan tidak mengizinkan, tahun depan, Aisyah besar sikit, mmg nak ajak... 

jam 11 pagi di 1 Syawal, dalam sejarah... badan tak larat sangat, terus sarung seluar, cari klinik, klinik melayu komfem tutup, klinik cina pun tutup...yang ada klinik india... Alhamdulillah, buka...rupanya mmg ulser dalam tekak sudah kritikal, bernanah.... saat tu, hati sayu, sesayu sayunya.....
Mohon pada Allah, moga sakit ni tidak berpanjangan, tak mau perkara lama berulang. 
 

jam 4 petang baru ke kampung.
melawat satunya nenek di Johor... Alhamdulillah, terlaksana tanggungjawab sebagai cucu.

then,,,,,

duk la rumah jer... he....he... 


apa yang raya? baju buat sampai 4, tapi pakai sehelai, tu pun setengah hari jer.... 

emosi terganggu sangat dengan macam-macam kejadian, tak dapat diungkap kan dengan kata-kata, tetapi, semakin dunia mengejar kemodenan, semakin manusia menongkah masa, semakin jauh jarak antara keluarga, jalinan kekeluargaan kian rapuh, Moga Allah maha Esa memberi petunjuk dan mendorong mereka serta kami jika jurang kekeluargaan kami semakin jauh, pereratkanlah silatulrahim kami semua....

Moga syawal mcm ni, tak berlaku lagi di masa hadapan... kena kuatkan semangat..


Namun, ada 24 hari lagi Syawal yang akan dialui, moga dengan keinsafan, keindahan syawal ini akan seiringan dengan hati kita semua....Amin...

tak sabar berkumpul sekeluarga, mungkin minggu depan
dihari pernikahan sepupuku. 

Moga syawal kami ini bertukar, menjadi syawal yang meriah dan bermakna.... Moga Allah makbulkan, Amin...


p/s: ha...ha...., sekian sahaja luahan syawal. takda gambar, takda faedah pun baca, sekadar coretan dari hati yang terluka.... aceeee... 

salam

felis