Friday, November 30, 2012

Marah Bosss.... Saper Bosss

Salam Jumaat, 

setiap hari mendatang pelbagai perkara ditempuhi, ada suka kadang-kala ada duka. perbagai ragam kehidupan yang tak disangka-sangka. 

kadangkala  apa yang berlaku kita hanya gambarkan didalan hati, tetapi akhirnya menjadi kenyataan. kenyataan yang muncul kadang kala memedihkan dan kadangkala menggembirakan. terpulang pada kita untuk menerimanya dengan cara yang kita mampu.

kekuatan hati kadangkala membuatkan ia memakan diri sendiri. perlukah berdiam dengan apa yang berlaku disekelilig kita sedangkan kita nampak kesalahannya. tp adakah kita perlu bersuara sedangkan kita tahu akibatnya dan yang lebih parah apabila kita sedia tahu yang kita tidak mampu menanggung akibatnya. 

Dalam kehidupan pastinya mempunyai liku-liku kerana liku kehidupan itu yang boleh membentuk kehidupan yang bermakna. kadang kala kita mengelakkan dari menghadapi liku berkenaan sbb dalam diri, kita boleh elakkan.... tp sampai bila kita mahukan kehidupan yang mendatar....

Ingatan kepada diri sendiri supaya lebih tabah, sabar tetapi tidak terlalu berdiam diri kerana hanya kita yang mampu menempatkan dimana diri kita ingin duduk....

sekian,

Peristiwa : marah boss...