Thursday, December 20, 2012

Yang Mana Satu, Pilihan Hati

Salam 
Mode : merajuk.

Semua orang ada kehendak atau keiinginan masing-masing.
Dari kecil hingga dewasa semua kehendak itu sememangnya kita akan usaha untuk mendapatkan (**apa ayat nie)

ok, semua orang ada kehendak masing-masing dan kita akan sedaya upaya mencapai kehendak kita kan. itu kalau kiter sdn. Bhd. 
Tp selepas berkeluarga lain. semua keputusan tertakluk pada kehendak itu samaada untuk kepentingan sendiri atau melibatkan orang lain, kalau melibatkan orang lain semestinya setiap keputusan mestilah mengambil kira orang lain jugak. kannnnn

dalam hal ini, tak pasti samaada perlu mengalah atau perlu mempertahankan kehendak hati sendiri. Kalau mengalah, mungkin sebahagian hati kita akan gembira sebab dapat memenuhi kehendak orang lain dan membahagiakan dia, tp sebahagian hati kita mesti ada sedikit rasa kecewa sbb kita tidak dapat apa yang kita hajatkan. Sebaliknya jika kita berkeras ingin memnuhi kehendak kita, begitulah juga keadaannya, kita mungkin gembira sbb apa yang kita inginkan tercapai, tp mungkin terasa bersalah sbb tidak dapat memenuhi kehendak atau keinginan orang lain. Nak kena solat Istiharah ke mcm ni, mcm melampau. tp itulah hakikatnya..... Benda ni lah yang orang kata perkara kecil pun boleh jadi gaduh n besar akibatnya nanti. yes, benda yang nak dipilih tu sebenarnya mmg korang tgok pun boleh gelak, tp takleh jugak diambil remeh sbb ini melibatkan kepuasan hati...

Sekarang, masih dalam delema. apa yg perlu dibuat. dan apa sepatutnya tindakan yang wajar.. Tp, adakah sesiapa yang boleh membantu sedangkan mcm takder pun yang baca bolg ni.... aduhai.... Ya Allah.,....tolonglah hambamu...

Adakah aku perlu menjadi insan yang baik dan bagus sangat membahagiakan orang lain, atau, ukutkan apa yang aku nak dan membiarkan pihak dia merelakan kehendak aku...... aduhai...
.^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Yang Mana Satu, Pilihan Hati.......
Hatiku & Hatimu.....


Felis


Thursday, December 13, 2012

12/12/12

Salam sayang.

semalam di FB,Blog,Twiter n apa-apa pun media sok sibuk pasal tarikh tu...ramai yg nak bersalin, bernikah, bertunang n berdating pada tarikh tu. kira best sangat la tarikh tu, sampai felis pun naik muak jer tgok orang post pakai tarikh tu, ape la faedahnyer eh..... mcm mengada.. he..he

Tapi tanpa disangka, tarikh yg "tak heran" langsung tu tetiba jadi bermakna plak...he..he... "kena batang hidung sendiri"... padan muka.

semalam lepas magrib ada perkara yang buat hari riang dah gembira... berganda-ganda... eh, ganda dua jer.. Aisyah dah mula nak berjalan, lepas tiap hari poo poo sampai 3 kali sehari selama hampir sebulan, agaknya badan dia dah cukup ringan nak berjalan, tujuh langkah kehadapan...he..he... ayah dia yg menyaksikan. Go Go Aisyah, Ummi harap Aisyah dah boleh berjalan dengan baik menjelang usia 1 tahun, lagi 16 hari dari semalam.He..he...

Cari Aisyah Tersembunyi

Lagi satu, tetiba dalam kereta " ummi, ayah dapat bonos...." wahhhhhh..... dalam otak fikir bulan tiga InsyaAllah, tetiba bulan 12 pun dapat. Alhamdulillah..rezeki, hari terus kuat menyatakan "Allah sentisa mendengar apa yang kita minta"..... Sayang Allah...Kekasih Abadiku Selamanya.... Walau sebanyak manapun, tetap Alhamdulillah, lapang dada untuk bernafas....

so, 12/12/12 is bermakna jugaklaaaaa.......


yang menyesal...

felis

Monday, December 3, 2012

Kami...

Dah msuk tahun ke-3, kami adalah ber-3
semoga kami adalah keluarga yang bahagia.

Ayah, Ummi, Aisyah   

Aidilfitri 2012

Disember kembali lagi...

Salam 

Sudah Disember.. 
Hampir berakhir tahun 2012.  
Kalau nak senaraikan apa pencapaian sepanjang tahun 2012 is amat la pasif. 
Tapi kalau nak senaraikan pengalaman sepanjang 2012 is amatlah baik dan bermakna.
Jadi kesimpulannya *simpulkan sendiri bole, 2012 adalah salah satu tahun yang memberi erti dan mempunyai pengisian untuk diri sendiri. 

Banyak pengalaman manis, masam dan pahit sepanjang 2012, dan segalanya perlu dinilai kembali supaya tahun 2013 yang akan datang ditemuhi dengan satu perubahan yang baik dan cemerlang untuk diri sendiri. Seharusnya dalam 2013 yang akan datang, memandangkan umur nak mencecah akhir 20-an (OMG), kena cekap dan kuat semangat untuk berubah. untuk membina hidup dengan lebih sirius dan bermakna... 

Untuk Aisyah, Alhamdulillah, Ummi dah berjaya membesarkan Aisyah selama 1 tahun. tp baru 1 tahun, dan  "membesarkan" hanya pada fizikal. harap Ummi akan terus berjaya membesarkan Aisyah dari aspek Fizikal dan Mentak sepenuhnya untuk seterusnya. 

Untuk Suami, terima kasih sebab berjaya untuk bersabar dengan Ummi yang banyak kerenah ni. Tak lama lagi Ulangtahun perkahwinan yang ke-3. Semoga kita terus bersefahaman dan berbahagia selamanya. 

** mcm dah 31 Dis pulak teks nye.

Apapun sepanjang bulan ni, kena senaraikan apa yang perlu diperbetulkan untuk jadual tahun hadapan. 


da.. Felis