Tuesday, July 2, 2013

Meniti hari

Salam....

Mode : Blur...

Dari sehari ke sehari
pergi balik kerja, ulang alik rumah
sekejap sajer masa berlalu... sudah masuk Julai dan yang penting sudah hampir ker Ramadhan yang berikutnya....
Ramadhan pertama kami suami isteri tempuhi bersama di Johor, kami berdua
Ramadhan kedua, kami bertiga
Ramadhan ketiga, kami masih bertiga.....Alhamdulillah.... Semoga Ramadhan kali ini penuh makna.

Perkembangan Aisyah 1 tahun 6 bulan :
Sudah pandai fikir sendiri apa yang ingin dan perlu disebut...
walaupun dia panggil kucing ...acing.... semua mulakan dengan "a". Semoga Aisyah akan jadi anak yang solehah dan membahagiakan ummi dan ayah.

Sepanjang separuh dari tahun ni dan seterusnya dalam tahun ini, mmg berbagai perintiwa yang berlalu dan sibuk sentiasa... banyak suka-suka-suka- duka -suka... he..he.., ada dalam tahun ni. Semoga sepanjang tahun ini dan tahun-tahun berikutnya akan membahagiakan dan bermakna. InsyaAllah......

Cinta Aisyah...


Salam....


Felis


Thursday, January 17, 2013

Pertengahan Januari, melampau

Salam Aisyah...
 Pertengahan januari sudah, apa pencapaian setakan ini?... ha,..ha... pencapaian felis? entah,,,
Tp pencapaian Aisyah, dan berjalan  dah... Aisyah berjalan umur 12 bulan .. tp gigi takder lagi, aduhaiu...makan adalah terbatas sikit... takper lah Aisyah, lambat tumbuh tak rosak kot...

alam pekerjaan seperti biasa, mungkin perlu lebih gigih dan kuat semangat.. jangan hanya mengikut arus... bukan untuk menongkah arus, tp cuba untuk menjangka kemana arus akan membawa kita dan sentiasa bersiap sedia.

sabtu ahad lepas keluarga MIL datang, sempat la borak walaupun sekejap. pepagi dah gerak balik,  Balik JB untuk akan datang tak boleh suka-suka nak balik, bajet time betul-betul.he..he..... untuk yang terdekat, kena tgok bila si Ella tu bersalin.. dia bersalin jer baru balik.... kang tak sampai 2 minggu nak balik lagi, bukan aper...kopak seeee.... n letih... sabtu ahad tak berehat langsung.ada jer aktiviti...

Apa sebenarnya nak dibebelkan ni? entah la.... sorry kalau ada yang baca, mmg takda apa nak dikata, cuma mengisi ruang kosong di Blog yang hidup segan mati tak mahu....

cinta Aisyah.....


bye

Wednesday, January 2, 2013

DUA RIBU TIGA BELAS

Salam awal tahun 2013

Sekejap jer masa berlalu, dalam diam tak diam ulang alik dah masuk Tahun ke-3 khawen, dah mula mengira umur Aisyah ke-2, n dah hampir masuk tahun ke-2 jugak bekerja di firma ni.

Sekejap jer masa berlalu, sampai tak sempat pun nak cerita pasal Aisyah kat blog ni. ha....ha... melampau.


Sekejap jer masa berlalu, rupanya pernah kerja dia satu Jabatan Kerajaan yang besar di Melaka (sambilan jer) selama 6 tahun..waw...

Sekejap jer masa berlalu, sampai tak perasan selepas khawen, pindah ke Johor Bahru, tinggal rumah mertua dan tinggal di rumah sewa, bekerja di Johor Bahru naik bas ulang alik dengan kesesakan, pernah lalui ketegangan,stres n mcm-mcm disana. tampa disedari dah memang pernah alami dan ada pengalaman tu belih kurang 10 bulan...

Sekejap jer masa berlalu, sudah kembali pindah ke Melaka, selama lebih kurang 2 tahun.dan kerja di Firma ni,

Sekejap jer masa berlalu, Aisyah yang masih teringat tendangannya dalam perut, sudah sambut ulang tahun kelahiran yang pertama. ..... Oh, sudah ada anak umur setahun....

Sekejap jer masa berlalu ..... Setelah dicampurkan semua penglaman yang dilalui sepanjang tahun berkenaan..... berapa usia felis... tidak jauh dari angka 30... Tahun ini pada bulan Februari, mencecah 28 tahun, Apapkah yang sepatutnya dicapai oleh seorang insan yang berumur 28 tahun ???? Kerja ? Suami ? Anak? Rumah? Kereta ? Ssimpanan ?... Buat setakat ini hanya 3/6 sahaja pencapaian yang diperolehi...moga-moga akan bertambah tahun ini. 

Sekejap jer masa berlalu, apakah duniawi sahaja yang dikejarkan ? apakah pencapaian yang harus dimiliki oleh insan yang berusia 28 tahun disisi Allah.... Anak yang membahagiakan ibu ayah? Isteri yang solehan? Ibu yang baik ? dan yang pening hamba Allah yang beriman ? adakah felis sudah mencapai semuanya...jujurnya belum sempurna semuanya..... Moga tahun 2013 hati dan iman ini lebih kuat dan menghambakan diri pada Allah....

sekian




Felis   


Thursday, December 20, 2012

Yang Mana Satu, Pilihan Hati

Salam 
Mode : merajuk.

Semua orang ada kehendak atau keiinginan masing-masing.
Dari kecil hingga dewasa semua kehendak itu sememangnya kita akan usaha untuk mendapatkan (**apa ayat nie)

ok, semua orang ada kehendak masing-masing dan kita akan sedaya upaya mencapai kehendak kita kan. itu kalau kiter sdn. Bhd. 
Tp selepas berkeluarga lain. semua keputusan tertakluk pada kehendak itu samaada untuk kepentingan sendiri atau melibatkan orang lain, kalau melibatkan orang lain semestinya setiap keputusan mestilah mengambil kira orang lain jugak. kannnnn

dalam hal ini, tak pasti samaada perlu mengalah atau perlu mempertahankan kehendak hati sendiri. Kalau mengalah, mungkin sebahagian hati kita akan gembira sebab dapat memenuhi kehendak orang lain dan membahagiakan dia, tp sebahagian hati kita mesti ada sedikit rasa kecewa sbb kita tidak dapat apa yang kita hajatkan. Sebaliknya jika kita berkeras ingin memnuhi kehendak kita, begitulah juga keadaannya, kita mungkin gembira sbb apa yang kita inginkan tercapai, tp mungkin terasa bersalah sbb tidak dapat memenuhi kehendak atau keinginan orang lain. Nak kena solat Istiharah ke mcm ni, mcm melampau. tp itulah hakikatnya..... Benda ni lah yang orang kata perkara kecil pun boleh jadi gaduh n besar akibatnya nanti. yes, benda yang nak dipilih tu sebenarnya mmg korang tgok pun boleh gelak, tp takleh jugak diambil remeh sbb ini melibatkan kepuasan hati...

Sekarang, masih dalam delema. apa yg perlu dibuat. dan apa sepatutnya tindakan yang wajar.. Tp, adakah sesiapa yang boleh membantu sedangkan mcm takder pun yang baca bolg ni.... aduhai.... Ya Allah.,....tolonglah hambamu...

Adakah aku perlu menjadi insan yang baik dan bagus sangat membahagiakan orang lain, atau, ukutkan apa yang aku nak dan membiarkan pihak dia merelakan kehendak aku...... aduhai...
.^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Yang Mana Satu, Pilihan Hati.......
Hatiku & Hatimu.....


Felis


Thursday, December 13, 2012

12/12/12

Salam sayang.

semalam di FB,Blog,Twiter n apa-apa pun media sok sibuk pasal tarikh tu...ramai yg nak bersalin, bernikah, bertunang n berdating pada tarikh tu. kira best sangat la tarikh tu, sampai felis pun naik muak jer tgok orang post pakai tarikh tu, ape la faedahnyer eh..... mcm mengada.. he..he

Tapi tanpa disangka, tarikh yg "tak heran" langsung tu tetiba jadi bermakna plak...he..he... "kena batang hidung sendiri"... padan muka.

semalam lepas magrib ada perkara yang buat hari riang dah gembira... berganda-ganda... eh, ganda dua jer.. Aisyah dah mula nak berjalan, lepas tiap hari poo poo sampai 3 kali sehari selama hampir sebulan, agaknya badan dia dah cukup ringan nak berjalan, tujuh langkah kehadapan...he..he... ayah dia yg menyaksikan. Go Go Aisyah, Ummi harap Aisyah dah boleh berjalan dengan baik menjelang usia 1 tahun, lagi 16 hari dari semalam.He..he...

Cari Aisyah Tersembunyi

Lagi satu, tetiba dalam kereta " ummi, ayah dapat bonos...." wahhhhhh..... dalam otak fikir bulan tiga InsyaAllah, tetiba bulan 12 pun dapat. Alhamdulillah..rezeki, hari terus kuat menyatakan "Allah sentisa mendengar apa yang kita minta"..... Sayang Allah...Kekasih Abadiku Selamanya.... Walau sebanyak manapun, tetap Alhamdulillah, lapang dada untuk bernafas....

so, 12/12/12 is bermakna jugaklaaaaa.......


yang menyesal...

felis

Monday, December 3, 2012

Kami...

Dah msuk tahun ke-3, kami adalah ber-3
semoga kami adalah keluarga yang bahagia.

Ayah, Ummi, Aisyah   

Aidilfitri 2012

Disember kembali lagi...

Salam 

Sudah Disember.. 
Hampir berakhir tahun 2012.  
Kalau nak senaraikan apa pencapaian sepanjang tahun 2012 is amat la pasif. 
Tapi kalau nak senaraikan pengalaman sepanjang 2012 is amatlah baik dan bermakna.
Jadi kesimpulannya *simpulkan sendiri bole, 2012 adalah salah satu tahun yang memberi erti dan mempunyai pengisian untuk diri sendiri. 

Banyak pengalaman manis, masam dan pahit sepanjang 2012, dan segalanya perlu dinilai kembali supaya tahun 2013 yang akan datang ditemuhi dengan satu perubahan yang baik dan cemerlang untuk diri sendiri. Seharusnya dalam 2013 yang akan datang, memandangkan umur nak mencecah akhir 20-an (OMG), kena cekap dan kuat semangat untuk berubah. untuk membina hidup dengan lebih sirius dan bermakna... 

Untuk Aisyah, Alhamdulillah, Ummi dah berjaya membesarkan Aisyah selama 1 tahun. tp baru 1 tahun, dan  "membesarkan" hanya pada fizikal. harap Ummi akan terus berjaya membesarkan Aisyah dari aspek Fizikal dan Mentak sepenuhnya untuk seterusnya. 

Untuk Suami, terima kasih sebab berjaya untuk bersabar dengan Ummi yang banyak kerenah ni. Tak lama lagi Ulangtahun perkahwinan yang ke-3. Semoga kita terus bersefahaman dan berbahagia selamanya. 

** mcm dah 31 Dis pulak teks nye.

Apapun sepanjang bulan ni, kena senaraikan apa yang perlu diperbetulkan untuk jadual tahun hadapan. 


da.. Felis