Tuesday, October 20, 2015

Aidladha 2015

Salam

Ini mmg tak tipu, walau mmg dah bulam Muharam dah tp masih nak cerita pasal Zulhijjah. 10 zulhijjah, Hari Raya Aidiladha 2015.

Alhamdullah, thn ni dapat buat ibadah Qurban bersama keluarga lagi. Satu bahagiaan Akikah untuk baby zara, cucu atok n tokku yg ke-6, dah yg lain untuk Qurban. Thn lepas punya Aidiladha untuk cucu atok n tokku ke-5, redza. N dalam dalam seminggu dua ni nanti atok n tokku akan dapat cucu ke-7.... amboi... kira cucu jer.

Aidiladha thn ni turn Jb, belah suami. Sehari sebelum raya balik Jb, sam00pai sana mil sorang sorang buat kerja coz anak anak belum sampai n yg duk situ kerja lagi. Kami sampai, then yg kerja dah balik dlm jam 4 petang. Memasing sama sama buat kerja. Bagus sebenarnya kalau anak perempuan ramai n masing masing bertanggingjawab nak bantu. Selain ringankan bebab mak, masa ni la nak "bonding time" ngan adik beradik. Harap benda di kekal n takda saling mengelat. Sbb kalau time mcm ni nak ngelat, hubungan yg rapat antara adik beradik n ipar duai akan terlerai bila mak ayah takda. Haraplah masing masing ada perasaan mcm ni selamanya.

T.hari sikit, bila masing masing dah boring n takda buat apa, berdezup balik melaka coz nak rewang apa yg patut persiapan Korban esokknya, raya haji kedua. Sbb belah felis, felis sorang jer perempuan. Nasib ada 2 ipar. Boleh la bernafas sikit. Alhamdulillah dua ipar ni pun rajin tolong. Mereka ada perasaan anggap mil mereka mak diorg jugak. Moga Allah terus kekalkan rapatnya silaturrahim kami selamanya. Wang dan harta bukan segalanya, ukhwah yg kuat tu yg membahagiakan.

Tamatnya zulhijjah, bermula tahun baru Hijrah. Moga Muharam thn ini bakal menjadi tahin yg lebih baik dari yg sebelumnya.

Salam tahun baru.



Felis


Thursday, July 30, 2015

Salam Aidilfitri 2015

Salam  Aidilfitri Minal Aidil Walfaizin..

Tahun ini turn Melaka.. tp turn walaupun asasnya ditentukan silih berganti, tp masih ada pengecualian. Rasanya 2 thn berturut turun sebelum ini 1 Syawal di Jb. Apa ada hal....

Semua adik beradik turn Melaka. Thn depan ? Nasib la kan... tunggu dah lihat, yg pasti kalau raya ke-2 dah gerak balik jb, thn depan raya ke-2 dah gerak balik beraya Melaka. Baru adil dan saksama...

Thn ni masak raya ayah agih agihkan tanggungjawab. Bagus jugak.. masing masing dah ada keluarga n perlulah bertanggungjawab, takkan tadah makan jer. Felis siapkan ayam merah ngan rendang, kueh mueh adik ipar di perak. Kemas rumah adik bungsu. Ketupat kakak ipar uruskan masuk beras n abg sulung beli daging. Mama ayah modal sayur untuk sambal goreng. Adik perak nak buat sate, so A sampai Z dia cucuk bakar. Alhamdulillah... meriah syawal.

Raya kali ni kami dah ber-4. Thn ni persediaan sakan sikit sbb ahli dah bertambah. Untuk Aisyah n Redza Baju lebih sikit. Ummi ngan Ayah takper. Sorabg 2 pasang cukup.

Raya ke 2 ke pontian dan terus ke jb. Sambung beraya di Jb. Tp nak g umah kawan kawan semua tak balik Jb lg... yer lah, kampung kiter kat Jb.. bandar sangat.


Tema kiter hijooo


Salam Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

Tuesday, February 17, 2015

Perkhawinan Adik


Assalamualaikum....

Wuhoooo... ehmm... alhamdulilah, makin sihat, syukur nikmat Allah masih lihat dunia dan lihat anak anak membesar.

Sejak dua menjak ni, perut asik meragam... sbb tak layankan makan,so gatsrik n kencig kotor.... harap la semakin pergi kuman kuman dan virus virus tu....

InsyaAllah... khamis akan mulakan misi jalan jalan cari makan.. mana lagi kalau bukan kelantan. InsyaAllah.. akan buat kenduri tahlil, doa selamat dan kesyukuran sempena adik khawen.

Lepas abg nikah tahun 2008...
Felis nikah 2010....
Then adik lelaki 2014...

Tiggal sorang jer lagi...pun maybe tak sampai 5 thn lagi kan...

Mereka nikah 15.11.2014, terus majlis rumah perempuan, shima.

Majlis sambut menantu 30.1.2015.

Semoga Farid N Shima, bahagia hingga ke jannah. harungi hidup dengan penuh harmoni dan gembira.

*gambar next en3 sbb memori masalah plak...


Jumpa lagi...
felis

Sunday, February 8, 2015

Muhammad Akid Redza


Salam

Alang alang cerita pasal kakak Aisyah, terus catat pasal adik Redza...

Deda/dida/eja/redza...... yg penting tiap pagi, kakak Aisyah akan cari n tanya ummi..."ummi, Muhammad Akid Redza mana ?" tiap pagi.... walau adik dia tertonggok depan ummi....

Takut sangat adik dia ilang....
Kalau berjalan n adik masih tido dalam buai, dia risau n sibuk kejutkan adik... takut ummi tinggal adik dia...
 "ummi,angkat adik" ,
"ummi, adik bawak kan " ,
"adikk...bangun la, jom jalan"...antara dialog dia...

3 bulan setengah, adik dah meniarap pekej guling guling.semua dia nak langgar. Tilam mmg dia punya semua.selagi tak sampai hujung, dia pusing. Dan 360' mcm kita pusing sudu kat lantai...he..he...masuk 4 bulan, tilam kecik dah takleh guna... asiklah kebawah....

5 bulan masuk walker, 5 bulan setegah, bukan main laju dia gerak....langgar semua.... mudah sikit mandikan kakak n sidai baju....

6 bulan setengah dah mula duduk...kat riba orang takmo, pegang gelisah...letak jer duduk..bg mainan depan mata, dia diam....tu pun kalau kakak tak dengki rebut mainan adik. sekarang dah 7 bulan, mmg cekap duduk sendiri  n tongkat sendiri.Alhamdulillah...

6 bulan setengah jugak dia pandai "tepuk amai amai" . Tp seminggu sebelum tu, demam.... orang kata demam ambik upah.

Semoga redza membesar dengan sihat n bijak.... Amin...



Akid Redza 7 bulan



Pencapaian

Salam Februari

Dah bulan 2 dalam 2015. Alhamdulillah....

Bila dah anak ker 2, selalu rajin nak bezakan tahap pencapaian mereka.. contohnya, masa aisyah 6 bulan dah pandai buat apa yer... aisyah jalan berapa bulan yer... bukan apa, sekadar panduan...masa anak sorang, tgok web, tgok anak bloger lain...tp tak catat sangat masa aisyah..so, lupa sudah... yg ingat dia jalan lebih kurang 12 bulan... seminggu dua sebelum atau selepas birthday dia...ke, masa birthday dia mmg dah laju jalan kan... arggg.... banyaknyer makan semut.

Sekarang Aisyah dah 3 tahun....
Alhamdulillah, dengan pengasuh yg baik..dia dah kenal huruf n nombor n jawi.. tp masih hafal lagi... nombor dah 80% kenal.
Tp huruf jawi dan huruf rumi masih hafal... sekarang dalam proses mengenal. Kalau boleh nak bagi dia membaca sebelum masuk darjah 1. InsyaAllah...
Warna mmg dah kenal... dalam bahasa melayu dan inggeris.
Cakap mmg dah banyak n kenal mcm mcm... ajuk orang pun pandai....dan dah kenal nama orang dan nama family sendiri...
Nama dia,adik,ummi dan ayah kenal tau..sbb dia lasak n laju.takut memana dia sesat. Dia boleh bgtau.... Moga AIsyah makin membesar dengan sihat dan bijak...

 

BIrthday 3 tahun. 29/12/2014









Tuesday, November 25, 2014

Masih ada

uhuuuu...


Assalamualaikum...
last post sebelum anak ke-2 lahir...

sekarang Akid Redza dah 5 bulan.....peh... lamanya....takper, sesuka hati jer lah kan

Dan ini pun rasanya pendek jer sbb bukan masanya lagi nak update. Masih ada benda yang perlu diselesaikan sebelum kembali aktif (lah sangat) kot kat sini.. InsyaAllah... maybe akan jadi kenyataan sbb ada sesuatu yang dirancangkan... Moga Allah permudahkan segalanya.

wassalam

Felis

Friday, June 20, 2014

Maaf dan redha...

Salam......

baby kat dalam perut dah 37 minggu.

semalam scen dah 3.9kg (omggg)..... ehm.... Redha.... pasrah, dah baka besar. Diet mcm mana pun, itu kehendak Allah yang maha Esa.... felis percaya pada takdir yang Allah telah rancang pada kami sekeluarga... jika ini caranya... Alhamdulillah.... Moga semuanya berjalan lancar dan baby serta ummi baby selamat. InsyaAllah.....

Isnin ni cukup 38 minggu.. tak mungkin akan turun berat baby sbb diukur melalui lilit kepala.... Aisyah aritu pun keluar dengan berat 3.9kg.. mmg timbangan berat, tap dia tak debab... dia panjang... jejari runcing n sampai sekarang badan dia tak pernah berketak ketak walai minum susu ibu, sbb orang kata kalai susu ibu sepenuhnya mmg badan bakal berketak ketak.... 

adik Aisyah yang ni... tak tau la mcm mana... apapun Ummi tak sabar menanti kelahiranmu.... 

semalam lepas scen dengan suami... mmg nampak air muka suami berubah. Sebab dia kalau boleh nak felis bersalin normal sbb kalau boleh nak anak lebih dari 3.... sbb bila dah ke-2 ni operate, yang ke-3 perlu operate jugak n ikat terus.... kalau rezeki kita sampai 3 anak, itulah rezeki kita... Alhamdulillah juga. ada lagi yang takdapat rezeki anak walau dah bertahun tahun khawen kan...

harini... 20/6.. buat keputusan last day kerja, sbb isnin nak ke hospital, alang-alang nak operate, mmg nak awal-awal sikit, sebelum puasa... takmau susahkan semua orang kalau dah bulan puasa, sbb dah kelang kabut nanti....

berkat doa kawan-kawan dan keluarga, felis harap seua berjalan lancar...

harap Aisyah dapat terima adik yang bakal lahir dan tak buat perangai pelik pelik.... 
ummi love u kakak Aisyah

InsyaAllah, kalu dipanjangkan umur, jumpa lagi dengan gabar baby A.... janji

maafkan segala kesalahan samaada sengaja atau tidak sengaja...

Felis