Monday, July 15, 2013

Alhamdulillah.... Kupu-kupu Ke-3 thn 2013

Assalamualaikum, 

6 Ramadhan sudah... lagi 24 hari saja Ramadhan akan menemani kita, Tp adakah kita pun menemani kehadiran Ramadhan ini, memeriahkan Ramadhan ini.... 
bagi felis. Belum, felis tak kuat lagi... 
hanya yang wajib terpikul. InsyaAllah, Aisyah besar sikit boleh bawak dia ke masjid untuk Tarawih dan sama-sama bertadarus...

Seperti yang pernah dicerita pada end3 yang lepas, Aisyah akan dapat sepupu ke-3 untuk tahun ini, Alhamdulillah



13-07-13(4 Ramadhan)
kehadiran orang baru dinantikan oleh sekeluarga, keluarga mertua mmg tak sabar disamping gelisah menantikan kelahiran cucu dari anak perempuannya, 
due 22-06-13, tp tak muncul-muncul, sapa tak risau
lebih lagi, ini dari anak perempuannya, bukan yang dua sebelum ini dari menantu-menantunya.

harap kehadiran Adam bakal menceriakan dan merubah suasana keluarga menjadi lebih bahagia dan tenang, Aisyah tak dapat tgok Adam lagi sbb hospital tak benarkan kanak-kanak masuk, tp Ummi dah ciumkan Adam untuk Aisyah, nanti Aidilfitri kita tgok adam yer.

Adam lahir dengan berat 4.6kg secara pembedahan sbb Big baby. situasi mencemaskan dan keputusan yang bercelaru dihadapi oleh ibu Adam, akibat maklumat yang tidak tepat , tp itu pengalaman masing-masing yang Allah beri sebagai dugaan untuk setiap ibu. 

Satu lagi ujian akibat salah keputusan selapas Adam lahir dan dibenarkan berada disisi ibunya, seharusnya baby lebih dari 4kg perlu dimonitor dalam nursary sebelum dibenarkan berada di wad biasa atau pulang.  Tp dilepaskan untuk bersama ibunya. 
Kesian Adam
Kesian ibu Adam selepas lega anak berada disisi, hati kembali diselubungi rasa gulana.
Namun, Allah Maha Esa lagi Maha Mengasihani tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan.

InsyaAllah moga hari ni, 15-07-13 mereka dapat keluar dari Hospital dan berpantang di rumah dengan tenang.... 
Seronok tgok babya baru.....
bila la ek ... ops..

Nak tgok gambar Adam lagi? ingat Aisyah paling besar, tp Adam dah menang plak...



 Tomei, gebus.... Welcome to the world.....Muhammad Adam Bin Suhaimi,
  Hospital Sultanah Aminah, JB


Felis






Thursday, July 4, 2013

Tiada Kata


Lautan...... ketenangan....


Sehari dua ni mcm tak sihat, mungkin masih keletihan balik dari kelantan, jenguk atok yg kurang sihat n pernikahan sepupu...

Sakit kepala, lemah badan semua...

Letih....

Moga Allah memperkuatkan hari, jiwa raga dan kesihatan yang baik untuk ku menempuhi hari mendatang...

Minggu ni JB? ikutkan hati mmg suka berjalan, tp bak kata orang ikut hari mati, ikut rasa, binasa.... jadi ikutlah kemampuan diri sendiri, sabar dan redha dengan apa yang mampu oleh badan..

Selamat Bekerja semua...


Felis

Wednesday, July 3, 2013

KUPU KUPU TOMEI AISYAH 2013

Salam Selasa  3 Julai 2013

Sepanjang tahun ni ada 3 kupu-kupu (Sepupu) Aisyah akan lahir... 

Yang sedia ada Aisyah ada 2 kupu-kupu, anak Paklong Adzhar n Maklong Faezah iaitu Muhammad Adeab n Muhammad Azad..




Then, mereka pun dapat adik lagi satu Nur Afia yang lahir pada 1.3.13 yang lepas... bertambahlah kupu-kupu Aisyah. 

 

 Afia tomei-tomei...


 Tapi sebelum itu iaitu pada 14.02.03 tarikh ulangtahun perkahwinan kami(sibuk masuk cerita plak)
 Lahirnya cucu kedua sebelah mertua selepas Aisyah...




Puteri Nureriana Dania




jadi, setakat ini Aisyah ada 4 orang kupu-kupu, sebelah Ummi ada 3, sebelah ayah ada 1...
itu setakat  hari ini sahaja.....

mungkin esok, lusa atau bila-bila masa yang terdekat ini, pastinya seorang lagi akan lahir, sebelah ayah Aisyah... bertambahla geng Aisyah... semua dalam tahun 2013.... 3 orang supupu Aisyah lahir dalam tahun ini, nanti sama-sama la korang Exam yer..

 Tp pastinya buat masa ini, Aisyah kak long yang paling Taiko, yang paling hero dan heroin... adussss..... Lantaklah Aisyah, lasak mcm mana pun, jangan memudaratkan diri sudah yer. 

dan terakhir, gambar Aisyah mesti ada kan, versi bersama kupu-kupunya....

 

bye

 felis


Tuesday, July 2, 2013

Meniti hari

Salam....

Mode : Blur...

Dari sehari ke sehari
pergi balik kerja, ulang alik rumah
sekejap sajer masa berlalu... sudah masuk Julai dan yang penting sudah hampir ker Ramadhan yang berikutnya....
Ramadhan pertama kami suami isteri tempuhi bersama di Johor, kami berdua
Ramadhan kedua, kami bertiga
Ramadhan ketiga, kami masih bertiga.....Alhamdulillah.... Semoga Ramadhan kali ini penuh makna.

Perkembangan Aisyah 1 tahun 6 bulan :
Sudah pandai fikir sendiri apa yang ingin dan perlu disebut...
walaupun dia panggil kucing ...acing.... semua mulakan dengan "a". Semoga Aisyah akan jadi anak yang solehah dan membahagiakan ummi dan ayah.

Sepanjang separuh dari tahun ni dan seterusnya dalam tahun ini, mmg berbagai perintiwa yang berlalu dan sibuk sentiasa... banyak suka-suka-suka- duka -suka... he..he.., ada dalam tahun ni. Semoga sepanjang tahun ini dan tahun-tahun berikutnya akan membahagiakan dan bermakna. InsyaAllah......

Cinta Aisyah...


Salam....


Felis


Thursday, January 17, 2013

Pertengahan Januari, melampau

Salam Aisyah...
 Pertengahan januari sudah, apa pencapaian setakan ini?... ha,..ha... pencapaian felis? entah,,,
Tp pencapaian Aisyah, dan berjalan  dah... Aisyah berjalan umur 12 bulan .. tp gigi takder lagi, aduhaiu...makan adalah terbatas sikit... takper lah Aisyah, lambat tumbuh tak rosak kot...

alam pekerjaan seperti biasa, mungkin perlu lebih gigih dan kuat semangat.. jangan hanya mengikut arus... bukan untuk menongkah arus, tp cuba untuk menjangka kemana arus akan membawa kita dan sentiasa bersiap sedia.

sabtu ahad lepas keluarga MIL datang, sempat la borak walaupun sekejap. pepagi dah gerak balik,  Balik JB untuk akan datang tak boleh suka-suka nak balik, bajet time betul-betul.he..he..... untuk yang terdekat, kena tgok bila si Ella tu bersalin.. dia bersalin jer baru balik.... kang tak sampai 2 minggu nak balik lagi, bukan aper...kopak seeee.... n letih... sabtu ahad tak berehat langsung.ada jer aktiviti...

Apa sebenarnya nak dibebelkan ni? entah la.... sorry kalau ada yang baca, mmg takda apa nak dikata, cuma mengisi ruang kosong di Blog yang hidup segan mati tak mahu....

cinta Aisyah.....


bye

Wednesday, January 2, 2013

DUA RIBU TIGA BELAS

Salam awal tahun 2013

Sekejap jer masa berlalu, dalam diam tak diam ulang alik dah masuk Tahun ke-3 khawen, dah mula mengira umur Aisyah ke-2, n dah hampir masuk tahun ke-2 jugak bekerja di firma ni.

Sekejap jer masa berlalu, sampai tak sempat pun nak cerita pasal Aisyah kat blog ni. ha....ha... melampau.


Sekejap jer masa berlalu, rupanya pernah kerja dia satu Jabatan Kerajaan yang besar di Melaka (sambilan jer) selama 6 tahun..waw...

Sekejap jer masa berlalu, sampai tak perasan selepas khawen, pindah ke Johor Bahru, tinggal rumah mertua dan tinggal di rumah sewa, bekerja di Johor Bahru naik bas ulang alik dengan kesesakan, pernah lalui ketegangan,stres n mcm-mcm disana. tampa disedari dah memang pernah alami dan ada pengalaman tu belih kurang 10 bulan...

Sekejap jer masa berlalu, sudah kembali pindah ke Melaka, selama lebih kurang 2 tahun.dan kerja di Firma ni,

Sekejap jer masa berlalu, Aisyah yang masih teringat tendangannya dalam perut, sudah sambut ulang tahun kelahiran yang pertama. ..... Oh, sudah ada anak umur setahun....

Sekejap jer masa berlalu ..... Setelah dicampurkan semua penglaman yang dilalui sepanjang tahun berkenaan..... berapa usia felis... tidak jauh dari angka 30... Tahun ini pada bulan Februari, mencecah 28 tahun, Apapkah yang sepatutnya dicapai oleh seorang insan yang berumur 28 tahun ???? Kerja ? Suami ? Anak? Rumah? Kereta ? Ssimpanan ?... Buat setakat ini hanya 3/6 sahaja pencapaian yang diperolehi...moga-moga akan bertambah tahun ini. 

Sekejap jer masa berlalu, apakah duniawi sahaja yang dikejarkan ? apakah pencapaian yang harus dimiliki oleh insan yang berusia 28 tahun disisi Allah.... Anak yang membahagiakan ibu ayah? Isteri yang solehan? Ibu yang baik ? dan yang pening hamba Allah yang beriman ? adakah felis sudah mencapai semuanya...jujurnya belum sempurna semuanya..... Moga tahun 2013 hati dan iman ini lebih kuat dan menghambakan diri pada Allah....

sekian




Felis   


Thursday, December 20, 2012

Yang Mana Satu, Pilihan Hati

Salam 
Mode : merajuk.

Semua orang ada kehendak atau keiinginan masing-masing.
Dari kecil hingga dewasa semua kehendak itu sememangnya kita akan usaha untuk mendapatkan (**apa ayat nie)

ok, semua orang ada kehendak masing-masing dan kita akan sedaya upaya mencapai kehendak kita kan. itu kalau kiter sdn. Bhd. 
Tp selepas berkeluarga lain. semua keputusan tertakluk pada kehendak itu samaada untuk kepentingan sendiri atau melibatkan orang lain, kalau melibatkan orang lain semestinya setiap keputusan mestilah mengambil kira orang lain jugak. kannnnn

dalam hal ini, tak pasti samaada perlu mengalah atau perlu mempertahankan kehendak hati sendiri. Kalau mengalah, mungkin sebahagian hati kita akan gembira sebab dapat memenuhi kehendak orang lain dan membahagiakan dia, tp sebahagian hati kita mesti ada sedikit rasa kecewa sbb kita tidak dapat apa yang kita hajatkan. Sebaliknya jika kita berkeras ingin memnuhi kehendak kita, begitulah juga keadaannya, kita mungkin gembira sbb apa yang kita inginkan tercapai, tp mungkin terasa bersalah sbb tidak dapat memenuhi kehendak atau keinginan orang lain. Nak kena solat Istiharah ke mcm ni, mcm melampau. tp itulah hakikatnya..... Benda ni lah yang orang kata perkara kecil pun boleh jadi gaduh n besar akibatnya nanti. yes, benda yang nak dipilih tu sebenarnya mmg korang tgok pun boleh gelak, tp takleh jugak diambil remeh sbb ini melibatkan kepuasan hati...

Sekarang, masih dalam delema. apa yg perlu dibuat. dan apa sepatutnya tindakan yang wajar.. Tp, adakah sesiapa yang boleh membantu sedangkan mcm takder pun yang baca bolg ni.... aduhai.... Ya Allah.,....tolonglah hambamu...

Adakah aku perlu menjadi insan yang baik dan bagus sangat membahagiakan orang lain, atau, ukutkan apa yang aku nak dan membiarkan pihak dia merelakan kehendak aku...... aduhai...
.^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Yang Mana Satu, Pilihan Hati.......
Hatiku & Hatimu.....


Felis