Salam....
Kembali bersiaran....
Sudah masuk bulan Disember... tahun depan 2014... Sekejap jer masa berlalu...
mcm nak buat perancangan Birthday Aisyah ujung bulan ni, tp tak komfem lagi lah kot, sbb rasanya nak balik Kelantan, Atok tak sihat,.... tu jer lah sorang Atok yang masih ada..belah felis la, belah Ijan pun ada sorang Nenek, pun dah uzur...
Kembali pada tajuk,
Kisah Ketam...
Bukan sbb masak ketam atau apa kejadiaan yang berkenaan dengan ketam...
tp kisah..... Bila ketam mengajar anaknya berjalan lurus....
Halooo Ms Ketam, tak mungkin okey... takkan mungkin anak anak kau nak berjalan lurus kalau ajaran ko bagi tu senget....tolong la muhasabah diri yer Ms Ketam...
Mengajar melalui tauladan.... itu la sifat atau sikap yang patut ada dalam diri ibu ayah...
bukan nak puji mak sediri, tp mama felis mmg terlalu cerewet pasal kebersihan dan kekemasan, then dia mmg praktikan apa yang dia cakap, jadi bila dia suruh kemas... benda tu mestilah kemas mcm yang dia selalu buat... felis boleh terima...
tp bila Ms. Ketam ni, dok la komplen anak dia selalu takmo tolong dia kemas rumah, atau takmo jaga kebersihan.. padahal, dia pun tidak menitikberatkan hal yang sama... mana lah nak jalannnn...... sampai kesudah itu jer lah kan...
Pasal mengajar melalui tauladan ni, ada kejadian...
Aisyah main lego kat beranda rumah... tetiba datang mood angin lintang, dia taburkan... ayah dia suruh kutip, toa takmo, buat taktau jer... penat jerit dia buat taktau, hilang kesabaran ayahnya nak cubit, tp bila difikirkan balik, Aisyah bukan faham kita marah, dia akan rasa sakit jer. dari situ lah mengajar melalui tauladan perlu diterapkan. so, ayah aisyah kutip sikit dan minta kutip sama-sama... terus dia kutip... selesai....
c..... ajarlah melalui tauladan... InsyaAllah...
Sekian kisah ketam.....
masak lemak cili api ketam sedap ni...
he..he..
felis
Monday, December 2, 2013
Friday, November 29, 2013
Siti Nur Aisyah
1 HARI
6 BULAN
1 TAHUN
Harini 29/11/2013 - Genab umurnya 1 Tahun 11 Bulan.. Alhamdulillah.
Membesar dengan sihat, walaupun mula nakal n lincah, tp dialah racun, dialah penawar.
Semalam, balik kerja....salin baju dan duduk dibirai katil. Aisyah masuk bilik.... panjat katil... then, duduk sebelah ummi... birai katil, dengan kaki terjuntai...
diam......
"Letih la Aisyah, banyak kerja, lepas ni tolong ummi masak yer..."
Aisyah tengok ummi, n peluk.... " saaaayang Ummi.... "
Terkejut giler... takpernah dia buat mcm tu....
Memang dia dah faham apa yang berlaku disekeliling...ingatan baik dan kefahaman pun cepat, Alhamdullilah, mungkit berkat BF dia.. dan dapat pengasuh yang baik....
atau.....
dia mula membodek, untuk birthday party lagi sebulan...
atau dia dah amat bersedia untuk jadi kakak yang baik...
he..he....
love u so much Aisyah...
-felis-
Wednesday, November 13, 2013
Kekeluargaan
Selamat sejahtera....
kali ni saja luarkan sesuatu untuk dapatkan ketenangan.
Masalah dalam rumahtangga tu mmg mesti wujud, mesti ada sebagai asam garam kehidupan kan...
kalau takda, boring plak.... lurus jer hidup
time ada ketidaksependapat (ada eh perkataan tu) tu lah kita ada peluang bertekak berbincang, dan cari jalan penyelesaian....
then itu salah satu terapi yang baik disamping tambahkan kefahaman tentang perangai pasangan masing-masing.
Sebelum bernikah pastinya, kita tidak akan tahu 100% siapa pasangan kita (tp bagi yg dah kawan berpuluh tahun tu,kenal kot)
Jadi selepas nikah kita seharusnya menerima segalanya, kerana keputusan dia pasangan kita, kita yang memilihnya......
sebenarnya bukan nak kata rumahtangga felis ada masalah, cuma kesal dengan keadaan sekeliling. Pasangan-pasangat sekeliling yang felis tak faham mcm mana mereka uruskan rumah tangga mereka. padahal bercinta bermatian, lautan api sanggup direnangi lah.... rela berkorban apa saja...
tapi selepas nikah.... cukup setahun dua, mcm-mcm....
kenapa mcm tu yer,???? gerammmmmm jer tengok....
komfem sebab sebenarnya, kasih sayang dan perasaan nak khawen tu wujud dari nafsu, bukannya tanggungjawab dan kehendak agama....
sebelum khawen bukan main berkepit, takmo pisah..... kalau dating sehari suntuk tak puas, asikla nak jumpa, asik lah nak melekat jer....
selepas khawen, rumah kemana, tangga kemana, takmo pulak melekap 24 jam... sorang utara, sorang selatan... tak kisah pun nak dating, makan sama, sembang sama..... tak faham....
felis takda lah sesempurna mana, tp buat masa ni Alhamdulillah, masih ada rindu, masih tebal sayang...moga kasih sayang ini kekal dalam rahmat Allah....
Tanggungjawab kena ada la dikkkk..... kita bukan perlu buat perkara pelik-pelik atau luar kemampuan kita, cukuplah pastikan pasangan yg kiter logat nak khawen sangat tu sempurna makan pakai dia. tu jer pun...sentiasa bersefahaman... kalau kurang bersefahaman, cari sefahaman tu, cari keserasian tu. cuba penuhi kehendak ikut kemampuan supaya segalanya berjalan lancar, jangan nak susahkan perkara yang mudah... akhirnya sendiri terjerat... being a normal person pleeeess... jangan ambil kesempatan atas kelemahan pasangan, kalau kita tau itu tanggungjawab kita, laksanakan... kan mudah...aduhaiiiii
bebel pulak pagi-pagi ni....
itu yang baru khawen, baru pun adalah 2-3 tahun....
mcm mana pulak yang dah ada anak ramai n dah tua dah ? kenapa perkara mcm ni berlaku lagi ? masih belum memahami antara satu sama lain ker ? saling menyalahkan...
seharusnya cubala mainkan peranan dan tanggungjawab dengan betul.... tu jer kot...
so, kesimpulan is tanggungjawab.....
maaf kalau ada yang baca n tak faham... entry ni untuk kesimpulan beberapa drama kehidupan. moga ianya menjadi pengajaran untuk diri sendiri agar sedar tanggungjawab adalah perkara penting dalam meniti kehidupan.... selain tanggungjawab kepada ibu ayah yang besarkan kita, didik kita, seterusnya tanggungjawab kita pada pasangan yang kita pilih..juga pada anak yang bakal mengambilalih kehidupan kita....
salam kebahagiaan
felis....
Thursday, October 10, 2013
Misi Mengecat
Salam khamis...
yeah... esok Melaka cuti...boleh golek ngan Aisyah lama-lama
Masuk Oktober / 10 dah....Aisyah dah 1 tahun 9 bulan... hampir 2 tahun
(yeah... ready for 2nd Birthday plak.. )
Dia dah besar..... bukan baby... dah kanak-kanak...Sekejap jer
boleh ada baby lagi ...
kalau bos bagi cuti ari isnin...sp, cuti 5 hari... tp masing masing tak excited pun nak cuti...naper ek...
sbb raya haji eh... ? lor... kan raya jugak... napa takmo cuti... so, opis tak tutup ? looo
tunggu dan lihat jer lah, nak cuti, cuti pun dah habis sebenarnya.... potong gaji...? entah la
apa nak cerita sebenarnya.... oh... Misi...Misi mengecat rumah
dah buruk sangat bahagian luar rumah tu... Grill dah otw separuh jalan, esok siapkan.. then pagar n dinding luar rumah tu. harap sempat sebelum raya haji... kebetulan duk rumah... tp persoalannya ? duk rumah ker ? sbb selalu berjalan... kena kuarkan semangat ok.... aduh...
key...
-felis-
yeah... esok Melaka cuti...boleh golek ngan Aisyah lama-lama
Masuk Oktober / 10 dah....Aisyah dah 1 tahun 9 bulan... hampir 2 tahun
(yeah... ready for 2nd Birthday plak.. )
Dia dah besar..... bukan baby... dah kanak-kanak...Sekejap jer
kalau bos bagi cuti ari isnin...sp, cuti 5 hari... tp masing masing tak excited pun nak cuti...naper ek...
sbb raya haji eh... ? lor... kan raya jugak... napa takmo cuti... so, opis tak tutup ? looo
tunggu dan lihat jer lah, nak cuti, cuti pun dah habis sebenarnya.... potong gaji...? entah la
apa nak cerita sebenarnya.... oh... Misi...Misi mengecat rumah
dah buruk sangat bahagian luar rumah tu... Grill dah otw separuh jalan, esok siapkan.. then pagar n dinding luar rumah tu. harap sempat sebelum raya haji... kebetulan duk rumah... tp persoalannya ? duk rumah ker ? sbb selalu berjalan... kena kuarkan semangat ok.... aduh...
key...
-felis-
Thursday, October 3, 2013
Mustahil
Setenang air dilaut, geloranya juga pasti ada
Moga Allah maha Esa mempermudahkan segala yang sukar...
-felis-
Tuesday, October 1, 2013
3 Pasang Selesai... Tumpang Bahagia
SELAMAT PENGANTIN BARUUUUUU.......
3 pasang sekali.... korang mampu..
Salam, Aduhai..... sebenarnya cerita ni dah basi dah, tp buat memori untuk diri sendiri dan keluarga akan datang, boleh la jugak diketengahkan.... sbb ianya istimewa
Istimewa untuk mereka yang terlibat, tp lebih lebih istimewa pada mereka yang mengalaminya....
Tahniah dan welcome to alam rumahtangga pada pasangan-pasangan anak Atok saudara Aisyah., Wak Amir & Wak idah, abang kepada ayahndaku...
dalam menunggu tetiba 3 menantu sekali, waktu menaip en3 ni pun, Atok Amir bakal memerima menantu ke-4 plak.... hu...hu... Alhamdulillah..tu lain cerita... InsyaAllah.
Majlis pernikahan pertama - Zubir & Adeba. - Perak sekitar bulan Mac 2013
Majlis Pernikahan kedua - Zahid & Ila - Kelantan sekitar bulan Jun 2013
Majlis Pernikahan ketiga - Zainab & Arifin - Melaka sekitar bulan Ogos 2013
Lepas majlis pernikahan ke-tiga, majlis diteruskan dengan perarakan, persandingan dan makan berdamai ketiga-tiga mempelai (mcm pengacara majlis plak)
Ikut orang johor panggil mengundur atau sebenarnya majlis menyambut menantu...
Banyak cerita pun takder idea, cukuplah gambar gambar
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Moga cepat cepat dapat baby comel-comel okeys.....Then kak long Aisyah tolong jaga nanti... he..he...
-Felis-
Wednesday, September 18, 2013
Derhaka
Salam...
Mungkin luahan kali ini menjawap persoalan yang tidak mampu dijawap bila soalan itu diajukan.
kenapa awak tak letak anak pada mak awak ?
jawapan saya : takmau ganggu dia, dia menjahit n nak rehat. kita dah dia jaga.. taknak la bebankan dia jaga anak kita pulak, kesian.
Tp kalau jawap mcm tu selalu, mesti orang ingat kita ni poyo jer.. dia akan fikir konon mak dia alim/baik sangat...
Sebenarnya, memang membebankan, waktu solat terganggu. mmg boleh solat, bukan sampai tak boleh solat jaga cucu, saya tak kata begitu, tp solat sekadar melaksanakan tanggungjawab wajib. padahal waktu solat itu sepatutnya kita dalam keadaan tenang dan berbahagia untuk bersemuka dengan Allah yang Maha Mencipta. lebih lebih lagi umur sudah meningkat senja, pastinya saat indah itu diperlukan.
jika pernah keluar dari mulutnya dia tidak mampu untuk mengasuh anak kita disebabkan perkara tersebut, tidak seharusnya membebankan kepentingan kita kepada dirinya.
Melainkan mmg dia beria nak jaga, redha, sunyi, ingin untuk menjaga n mungkin keperluan kepada upah. tp memberi "upah" kepada ibu adalah haram.... lebih kepada pemberian kasih sayang atau perbelanjaan menyara anak kita.
yang mengasuh Aisyah sekarang, mmg pangkat nenek kepada Aisyah, namun tidak pernah saya memujuk malahan memaksa jika dia berkata tidak. Jika dia redha n mampu, Alhamdullah. Nenek pun ada atok yang suka untuk membantu, Alhamdulillah....
Artikel ni saya cari sbb nak kan kepuasan hati bila mama kata "nak tanggung dosa" ? masa pernah menyuarakan minta jaga anak saya. Ya, saya hanya sekecil umat yang tak mampu memastikan ibu ayah didalam syurga, jadi jangan sedikitpun membataskan kehendaknya menuju kearah itu.
"Jika ibu kita mati dalam keadaan menjaga cucu sehingga melalaikan sembahyang dan amal saleh lainnya maka apa akan jadi dengannya di akhirat nanti? Cukuplah penderhakaan anak-anak yang tidak bertanggungjawab menyerahkan penjagaan cucu-cucu kepada datuk neneknya. Anak kita bukan tanggungjawab ibu bapa kita!
Bukankah masa tua adalah masa akhir bagi mengumpul bekalan ke akhirat? Mengapa mesti mengganggu ibu bapa yang mahu ke masjid kerana menjaga anak-anak kita? Jika diteliti pahala orang yang pergi ke masjid, maka tidaklah sanggup kita menyerahkan anak kita semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Bukankah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang pergi ke masjid pada pagi dan petang hari, Allah SWT telah menyediakan hidangan syurga baginya sepanjang pagi atau petang hari itu.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Satu saat amat bernilai untuk mereka berzikir, membaca Al-Quran, mengkaji tafsir dan hadis Rasulullah SAW, menghayati ilmu Islam, mengerjakan salat sunat, bersedekah, beriktikaf di masjid, berpuasa tanpa gangguan, semua itu bekalan bagi mereka tetapi sayang kita telah merampasnya dengan membebankan amanah cucu-cucu yang mengganggu perjalanan ibadah ibu bapa kita. Waspada, Jangan derhaka!"
salam ukhwah
- felis -
Subscribe to:
Posts (Atom)
+1+Hari.jpg)
















