Monday, November 2, 2015

Perak - Cucu Baru atok

Salam

Baru balik dari Negeri Perak. Felis ada adik sorang kerja di Perak. ALhamdulillah dah selamat dapat anak perempuan Jumaat 30.10.2015.... cantik tarikhnya... mcm babynya jugak. baby dah lenih due 1 minggu, so mmg tembam sikit. tap tembam yg comel... dagu berapis kulit jernih. Alhamdulillah.. moga Nur Aina bakal jadi anak yg baik dan membahagiakan mama dengan ayah dia dunia akhirat. Cucu atok yang ke-7. Semua 3 lelaki dan 4 perempuan. Perempuan dah melebihi lelaki. Next... rasanya 1 ke 2 thn ni tak bertambah kot.

Kebetulan adik ipar bersalin hari jumaat, jadi mcm best jer cuti sabtu ahad naik perak sekejap. Atok pun dah pencen berjalan jer la.. pagi sabtu naik Perak jam 7.30 pagi. sampai dalam jam 11.45, memang ngam ngam jam 12 waktu melawat... alooo...looo.. comelnyer baby.

Alang alang dah kat Perak kita jalan jalan cuci mata n cari makan kat Perak. Tengahhari tu singgah di Restoran Sabar Menanti. Kebetulan dekat dengan rumah adik. Sedap makananya, murah. tp air agak mahal.


Kemudian sebelum tunggu masa melawat petang, round kedai pasu. Mama mmg dah target nak beli satu pasu ni, tp mahal lah pulak. Sebelum pergi mmg dah target beberapa tempat makan. pergi cari mee rebus ramle yang orang kata popular di ipoh. Kebetulan dekat jer dengan kedai pasu. Oder dua jer sebab kenyang lagi mkan tengahhari. Sedap mee rebus nya. mcm mee rebus biasa yg letak keledek, tp ada rasa mee bandug, tp tak kuat rempah dia mcm mee bandung. seimbang. Sedap. 






Malam masing masing tengok bola dulu. Layan JDT, pawer jugak. jam 10 habis bola kita jalan lagi. pergi Gerbang Malam. Rembat kasut Aisyah dengan Redza sorang satu. Cari popia yang popular kat ipoh. Kebetulan adik cakap sebelah jer Gerbang Malam tu. Waaaa.. banyaknya kebetulan. Satu pinggan RM 5. Oder dua pinggan mcm tak cukup. Oder lagi 1 Pinggan baru puas hati. Sedap. Kalau pergi lagi memang nak mkan lagi. Terbaek, suami yang tak minat popia sayur pun kata sedap. 




Ahad pagi sebelum balik pergi Bazar karat. Kalau orang minat memang suka, tp kitorang tak berkenan sangat barangnyer, yang kami berkenan satenyer... makan lagi. tu jer lah kalau berjalan, jalan jalan cari makan, pastu gemuk merentan. Padan muka sendiri.



Jam 11 lebih bertolak, jam 2.45 sampai melaka balik. laju jugak sebab kereta tak banyak n driver ngantuk, jadi bawak laju sikit.he...he....

Sampai jumpa lagi Ipoh, Perak..

Felis. 








No comments:

Post a Comment